|

GRADE A KHAULA
HONEY
Harga di tetapkan oleh pengimport tunggal
QS Khaula Malaysia. Semua harga di bawah tidak termasuk kos penghantaran.
Anda boleh datang dan beli terus dari pusat kami seperti di alamat
Contact Us atau hubungi stokis yang berdekatan.

370 grams +-2%
Harga Retail RM38.00
(WM)
Harga Retail RM40.00
(EM)
Harga Ahli RM33.00
(1 Kartun 12 Bottles)

1.0Kg +-10% (Tanpa Sarang)
Harga Retail RM75.00
(WM)
Harga Retail RM80.00
(EM)
Harga Ahli RM70.00
(1 Kartun 8 Bottles)

1.0Kg +-10% (Dengan Sarang)
Harga Retail RM80.00
(WM)
Harga Retail RM85.00
(EM)
Harga Ahli RM75.00
(1 Kartun 8 Bottles)
Ramai pelanggan bertanya apa bezanya madu
Khaula yang tiada sarang dan ada sarang. Harga pun berbeza RM5. Yang
biasa harga RM65, yang ada sarang RM70. Secara fizikalnya, Madu Khaula
bersarang tu ada sepotong sarang yang penuh dengan madu di dalamnya.
Sarang ni terapunglah dalam madu tu. Khasiatnya pula, madu Khaula sarang
ni selalunya dicadangkan untuk mereka yang ada masalah berkenaan saluran
pernafasan seperti resdung, lelah/asthma, batuk.
Sarang tu bolehlah dikunyah dan dihisap
sehingga madu di dalamnya habis. Lilin (wax) yang menjadi baki tu
kebanyakan orang akan buang sahaja kerana keadaannya macam gula getah
(chewing gum). Selain itu dalam madu sarang ada kelebihan dari segi
kandungan propolis dan debunga (bee pollen) yang lebih tinggi. Biasanya
madu sarang ini lebih pekat dan lebih wangi.


Harga Retail RM90.00
(1 Box 1.5Kg) (WM)
Harga Retail RM95.00
(EM)
Harga Ahli RM85.00
(Model Baru Madu Khaula
bentuk kiub 25g. Mudah untuk dibawa ketika travelling, anak-anak
bawa ke sekolah dan kita bawa ke pejabat)

Kos
Penghantaran Madu Khaula :- (Subjek kepada Stok Kotak Pos
Laju 2Kg)
-
1 Kg Khaula Tanpa
Sarang / Dengan Sarang Semenanjung - RM15.00 (Pos Laju)
-
1 Kg Khaula Tanpa
Sarang / Dengan Sarang Sarawak - RM20.00 (Pos Laju)
-
1 Kg Khaula Tanpa
Sarang / Dengan Sarang Sabah - RM25.00 (Pos Laju)
(Ingat
Jangan terpedaya dengan Madu Tiruan)

Fakta Fakta Madu Asli di Hutan Malaysia (Bukan
Grade A tetapi Asli) dan Madu Khaula di Pergunungan (Grade A dan Asli).
Sila baca dan ambil pengetahuan tentang madu Hutan, madu Asli dan madu
Grade A, B, C dan D.
Khasiat Madu KHAULA ini sesuai untuk
mengawal dan menghindarkan penyakit-penyakit yang seperti asma dan lelah,
batuk kering, kahak, resdung, buasir, sakit jantung, batuk, darah tinggi, selsema, migrain,
sakit tekak,tyroid dan kencing manis.

MADU KHAULA DIJAMIN MENGANDUNGI KANDUNGAN
GULA SUKROSA KURANG 5% DAN KANDUNGAN LEMBAPAN KURANG 17.5% (MADU GRED A
MENGIKUT PENGKELASAN INTERNATIONAL HONEY COMMISION (IHC)
Madu KHAULA dapat memulihkan sistem
dalaman badan manusia dengan: Memanaskan badan Melancarkan perjalanan
darah Mengimbangkan diet badan Menguatkan tenaga dalaman Meningkatkan
kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran
anak-anak Melawaskan usus besar dan kecil Madu ini juga berfungsi
sebagai Anti-alergik Anti-septik Anti-anemia Anti-ulcer.
Madu hutan seperti dari negara kita
mempunyai paras kandungan air yang tinggi iaitu sekitar 22% - 35%.
Rasanya yang 'perit' sebenarnya adalah disebabkan oleh kandungan air
yang tinggi. Ini ada kaitan dengan purata hujan di negara kita yang
tinggi, kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) atau belerang yang
lebih tinggi.
Saya akan mengupas lanjut tentang perkara
ini dalam artikel akan datang bertajuk 'Madu lebah dari kajian makmal'.
Di sini saya ringkaskan bahawa apabila kandungan mineral tembaga (Cu)
dan sulfur (S) lebih tinggi, madu ini akan menyebabkan bahang bagi
peminum madu ini di mana badan akan lekas terasa panas. Tembaga atau
kuprum (Cu) adalah mineral yang membekalkan haba dalaman (internal heat)
pada badan .
Pada hemat saya, inilah sebab utama
mengapa madu hutan ini tidak di datangi semut, kerana wujudnya bahang
haba madu tersebut. Semut adalah serangga yang mempunyai deria yang amat
sensitif. Semut tidak mendatangi air manis biasa yang bersuhu melebihi
34 darjah Celsius (C) . Hanya setelah suhu air itu turun kepada suhu
bilik, barulah semut akan menghurungi air manisan tersebut.

Kita juga biasa melihat buih-buih yang
wujud di permukaan atas botol yang mengandungi madu hutan. Fenomena ini
disebabkan kandungan airnya yang tinggi, maka berlaku tindakbalas kimia
antara air dan mineral yang sedia ada di dalam madu tersebut. Saya
mempunyai pengalaman tersendiri di mana madu ini 'meletup' apabila
penutup gabusnya dibuka.
Dari penerangan di atas, adalah tidak
tepat sama sekali jika madu pergunungan ini disamakan cara penentuan
keasliannya seperti madu hutan. Madu hutan secara tradisionalnya
disahkan keasliannya apabila tidak dihurungi semut dan putih telur
menjadi separuh masak jika digaul. Oleh kerana madu dari pergunungan ini
merupakan sesuatu yang baru bagi orang-orang Melayu mengenalinya,
penjelasan secara betul perlu dibuat di mana madu hutan dan madu gunung
adalah jauh berbeza dari sifat dan kualitinya. Saya ulangi di sini; saiz
lebah yang berbeza, tempat lebah bersarang juga berbeza, kualiti
bunga-bungaan yang berbeza malah kemahiran mengambil madu matang juga
mesti diambil kira untuk membezakan kedua-dua jenis madu.
Selanjutnya, di antara salah faham yang
ketara ialah di mana madu lebah sering dilihat lebih kepada untuk
merawat tetapi tidak dilihat sebagai makanan tambahan. Kita perlu tahu
bahawa terdapat lebih dari 15 jenis bahan-bahan yang terdapat di
dalam madu lebah yang belum diberikan nama dan belum ada saintis yang
boleh menamakannya. Ramai ahli sains Eropah terutamanya dari Russia
membuat kajian yang mendalam terhadap madu termasuk oleh beberapa pakar
perubatan mereka. Madu adalah penawar yang telah dikenali oleh manusia
sejak ribuan tahun dahulu tetapi kita perlu sedar ianya adalah pemakanan
yang hampir lengkap dan seimbang kandungan zat-zat nya. Ramai dari kita
tahu, madu lebah adalah amalan dan sunnah Nabi Muhammad SAW, tetapi kita
jarang dan sukar pula untuk mengamalkannya. Kemungkinan berlaku perkara
ini adalah kerana kesangsian yang tinggi terhadap ketulinan madu.

KETULINAN MADU
Dalam era kemajuan bidang sains dan
teknologi sekarang, banyak kajian telah dilakukan oleh ahli sains
terhadap madu. Marilah kita merujuk kepada kaedah terkini sebagai
panduan menentukan KETULINAN madu di mana kandungan peratusan air,
sarang bebas dari penyakit dan beberapa parameter yang lain menjadi
ukuran.
Sebagai contoh, Standard Piawaian
Amerika mengkelaskan :-
Madu Gred A adalah madu yang
mempunyai kandungan air 10-16%
Madu Gred B, kandungan air 17-20%
Gred C dan Gred D terkeluar dari
madu yang berkualiti walaupun dikatakan tulin.
Madu Khaula
yang pernah di uji di UNIPEQ, UKM pada 2001 mengandungi kandungan air
sebanyak 15.3% sahaja iaitu mengikut Piawaian Amerika di kategorikan
sebagai madu GRED A !!! Madu dari hutan Sabah juga pernah diuji di
mana kandungan air ialah 23%. Saya ingin menegaskan sekali lagi kepada
para pembaca budiman; madu yang tulin mempunyai kualiti yang
berbeza-beza.

Apabila kualitinya
berbeza maka kesan dan nilai perubatannya kepada kita tentulah juga
berbeza. Isu kualiti ini menjadi lebih ketara bagi madu yang telah
bercampur dengan bahan asing seperti gula merah, kurma atau buah-buahan
lain yang dikisar malah ada yg mengaulkan dengan bahan kimia untuk
melikatkan dan mengawet madu. Tentulah rendah mutu madu tersebut selain
telah menipu pengguna.

Beberapa kaedah manual
menentukan ketulinan madu boleh dijadikan panduan seperti madu yang asli
tidak telus jika dititik di atas kertas dan kekal seperti manik-manik,
tiada mendakan di dasar botol, kepekatan yang homogenus, membentuk
sarang lebah jika disapu rata di atas badan seperti di muka, kulit
tangan serta tidak melekit. Bentuk seakan-akan sarang lebah juga
terhasil jika madu dicampur sedikit air di dalam mangkuk putih lalu
dipusing ikut pusingan jam. Sifat lambat larut di dalam air juga boleh
digunakan. Semua kaedah ini boleh di jadikan panduan bagi menentukan
ketulinan madu

MADU
ASLI KHAULA
MADU
KHAULA GRED A
BENARKAH KUALITI
MADU KHAULA MENEPATI PIAWAIAN MADU ANTARABANGSA
Semenjak tahun 1969, di Eropah telah wujud satu badan bertaraf suruhanjaya iaitu Codex
Alimentarius Commission (CAC) yag berfungsi untuk memantau kualiti madu
yang khusus keluaran dari Kesatuan Eropah (EU).
Pada tahun 1990, satu
badan yang dikenali sebagai International Honey Commission (IHC) atau
dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa telah di
tubuhkan untuk menentukan kualiti madu lebah. Pada masa yang sama,
Amerika dan Eropah juga masing-masing telah mempunyai tahap piawaian
penentuan kualiti madu masing-masing cuma berbeza dari segi beberapa
parameter piawaian sahaja. Di antara perkara-perkara yang diambil kira
selain kualiti madu adalah penyakit-penyakit yang menyerang sarang lebah
, penyakit lebah, benih-benih lebah, kebersihan ( hygiene), cara
pembotolan dan kontaminasi.
Di dalam makmal
antara parameter piawaian IHC ialah:
1. Kandungan lembapan
(air) dalam madu-(moisture content) 2. Keasidan 3. Kandungan mineral 4.
Hydroxymethylfurfural (HMF) 5. Aliran elektrik 6. Kandungan gula ringkas
7. Kandungan pepejal tak larut 8. Aktiviti enzim diatase 9. Kaedah
tambahan seperti aktiviti enzim sukrase dan kandungan proline
1. KANDUNGAN AIR
Sebelum tahun 1990,
kandungan air semulajadi di dalam madu adalah parameter utama dan
kriteria pertama untuk menentukan ketulinan dan kualiti madu. Tetapi
setelah IHC ditubuhkan, parameter lain turut diambil kira sebagai
standard penentuan sesuatu madu. Walau bagaimanapun, beberapa negara
Eropah seperti Jerman, Belgium, Austria, Italy, Switzerland dan Sepanyol
tetap mengutamakan kandungan air di dalam madu malah mereka kekal
menetapkan kandungan air bagi madu Gred A ialah antara 17.5-18.5%.
Manakala IHC pula menetapkan di bawah 20.5%.
IHC telah
mengkategorikan madu dengan kandungan air kurang dari 17.5% adalah madu
yang terbaik. Kandungan air di dalam madu dipengaruhi oleh kandungan air
di dalam manisan bunga yang disedut oleh lebah dan jenis bunga; kerana
ada bunga yang bersifat menyimpan air selain dari faktor cuaca dan iklim
di mana bunga itu tumbuh.
MADU KHAULA:
KANDUNGAN AIR-16.5% ( UKM), 13.5% ( MARDI)
2. KEASIDAN
IHC telah menetapkan
keasidan bagi madu tulin ialah di antara pH 3.5-4.5. Manakala CAC pula
menetapkan pH 4.0-5.0. Dalam nilai miliequivalent/kg tidak melebihi 40
meq/kg, Di Eropah tidalk melebihi 50 me/kg. Keasidan ini akan memberikan
rasa madu tulin sedikit masam. Kemasaman madu sangat ketara terutama
lebah yang menghisap manisan bunga-bungaan dan buah dari pokok buah
mangga, mempelam, langsat, manggis dan buah-buahan hutan. Anda boleh
rujuk kepada pencari madu lebah hutan/kampung untuk mendapatkan
kepastian. Kehadiran asid formik dan laktone adalah bahan yang
menentukan keasidan madu.
MADU KHAULA : 18.97
meq/kg ( UKM)
3. KANDUNGAN MINERAL
Madu tulin, dengan izin
Allah Yang Maha Pencipta, mengandungi paras kandungan mineral yang
hampir sama dengan mineral yang terdapat di dalam darah manusia.
Antaranya magnesium, sulfur, fosforus, klorida,ferum, kalsium, potasium,
iodin dan sodium. Galian lain yang terdapat di dalam madu ialah kuprum,
aluminium, nikel, silika dan lain-lain mineral dalam jumlah yang lebih
kecil. Semua galian ini memberi fungsi secara fisiologi yang berbeza
pada tubuh manusia. Saya tidak akan mengulas di sini kerana ianya lebih
saintifik dan akan memanjangkan rencana saya ini. Cuma sila rujuk
kembali mengapa ada madu yang lebih ‘panas’ dan tidak didatangi semut.
Malah ada maklumat terbaru yang mengatakan madu mereka akan ‘bernyala
api’ jika dicucuh dengan mancis api!!. Ini pasti kandungan sulfur (
belerang ) madu tersebut tinggi dan tentu madu tersebut lebih ‘panas’.
4. KANDUNGAN GULA DI
DALAM MADU
IHC menetapkan madu
tulin mengandungi sekurang-kurangnya 45% gula ringkas ( purata 56%) .Pada
kebiasaannya ialah madu tulin terbaik mempunyai 60%-65% gula ringkas.
Manakala gula sukrosa kurang dari 4.8% (purata 3.5%) dan yang terbaik
kurang dari 0.5%.
MADU KHAULA: GULA
RINGKAS- 70.54%, GULA SUKROSA: 3.53
5. HMF
Baru di perkenalkan
pada awal 1990-an di mana HMF adalah indikator untuk menentukan madu
‘segar’ dan madu yang ‘overheating’. Madu yang baru dikutip mempunyai
nilai indikator HMF sifar (0). Madu yang tidak disimpan di suhu bilik
atau terdedah lama kepada cahaya matahari akan meningkatkan bacaan
indikator HMF. HMF bergantung kepada cara penyimpanan madu dan ph madu.
Adalah di nasihatkan supaya madu tidak didedahkan kepada cahaya matahari
seperti disimpan dalam kereta dan terdedah pada panas matahari. Tetapi
jangan pula disimpan di dalam peti sejuk kerana sifat madu yang menyerap
lembapan akan menyebabkan kandungan air dalam madu akan bertambah. Nilai
HMF bagi madu yang berkualiti ialah tidak melebihi 5mg/100g( 50mg/kg)
Bagi negara yang beriklim sejuk, masalah HMF ini tidak begitu ketara.
MADU KHAULA :
46.76mg/kg ( UKM)
6. AKTIVITI DIATASE
Juga satu faktor yang
menentukan madu lebah segar dan overheating. Ujikji di jalankan pada
suhu 38-40 celsius. IHC menetapkan nilai tidak melebihi 8 ml/g pada
sushu 40 celsius.
MADU KHAULA :
4.40ml/g pada suhu 40 C
Parameter lain yang
diambil kira selain dari yang di atas ialah kekonduktivitian elektrik
yang baru diperkenalkan dalam tahun 1990. Ia melibatkan ukuran yang
mudah dan murah. Madu yang berkualiti mempunyai bacaan tidak melebihi
0.8mS/cm.
KESIMPULAN : MADU
KHAULA MENEPATI PIAWAIAN IHC DAN DI KATEGORIKAN MADU LEBAH GRED A.
Artikel ditulis
oleh Dr Yusof Abas, MD
|